Monday 4 July 2016

PUDING KASTAD JAGUNG


Bahan-Bahan

1000ml fresh milk /santan
150grm gula
130 grm tepung kastad
1 tin jagung manis


cara nya..jagung manis tue blend halus bersama half ml fresh milk tue..tak nak halus sangat pun tak pe..sementara blend jagung tue..add other baki bahan..kacau hingga tepung kastad larut ..gula tue tak perlu guna habis ..saya bancuh semua then last baru add gula..so boleh manage nak manis mana...then baru satukan bersama jagung manis yang di blend tadi..masak guna api perlahan hingga likat..meletup letup gitu...then tutup api and terus tuang dalam loyang.. sejuk kan ..saya sejukkan dalam peti ice..cepat sikit boleh makan ..then potong...nak potongan pudding tue cantik and selari..guna pisau plastik yang disapu sikit minyak...so bila potong lancar aje..tak senget2..baca bismillah yee time nak makan..



1ST STEP..

bancuh susu dengan tepung kastad..and add gula seckupnya..agak agak manis nya yee... jagung dalam tin tue boleh diguna terus or kisar kejap kasi hancur sikit..

adunan yang dah dibancuh bersama jagung manis dimasak dengan api perlahan hingga keluar wap ..and likat...

adunan yang dah dibancuh bersama jagung manis dimasak dengan api perlahan hingga keluar wap ..and likat...


dah masak elok..tuang dalam bekas...and sejukkan aje...

bila dah sejuk ..ini lah rupanya....jom jamu selera bersama2...




.selamat mencuba


MEMO: KALAU GUNA JAGUNG MANIS DALAM TIN YANG MEMANG DAH ADA CECAIR ..KURANGKAN 1000ML FRESH MILK / SANTAN KEPADA 800ML AJE ..COZ SATU TIN JAGUNG MANIS TUE BERSAMAAN DENGAN 200ML DAH ..KALAU TERLAJAK CAIR NANTI SUSAH NAK POTONG PUDING NYA. KALAU GUNA JAGUNG BIJI..KEKALKAN KUANTITI FRESH MILK NYA YA...


Sumber resepi : Adamsufi Mazri


Resepi Rendang Ayam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong
2 biji kelapa - ambil santan pekat
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - hiris halus
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sket gula merah jika suka
Bahan kisar:
15-20 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
4 batang serai (hiris bahagian ubinya sahaja untuk dikisar, btgnya diketuk )
3 biji buah keras

Cara membuat:
1. Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jangan guna air)
2. Satukan santan, bahan kisar, ayam, kerisik, batang serai yang diketuk dan asam keping
3. Jerang atas dapur hingga hampir pekat.
4. Masukkan garam dan gula melaka (jika suka) dan kacau sebati.
5. Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
6. Kacau seketika, bolehlah diangkat.


Murtabak Maggie Kari





Cara-Cara

Hancurkan sikit mi segera.
Rebus dan toskan.
Pukul 4 biji telur dengan perencah kari.
Campur bawang besar potong dadu ke dalam mi yang direbus tadi.

Sendukkan, dan goreng dengan minyak.
Jangan goreng minyak tenggelam pulak 😂😂

Boleh buat comel-comel.

Ni dah tahap asal jadik 😜😜




Kredit: Rozy Mohd Saleh


Caramel Almond Crunchy



500 g tepung florentine
100 g pumpkin seed
100 g sunflower seed
100 g melon seed
100 g kepingan badam
25 g bijan hitam

Bakar dulu kekacang dan bijan 5 min dlm suhu 160c.. keluarkan dr oven dan biarkan kekacang dan bijan sejuk.. kemudian gaulkan dgn tepung florentine.. pastu masukkan 2 sudu bhn yg digaul tadi dlm acuan tart telur dan ratakan.. taburkan sikit bijan di atas kalau suka.. pastu bakar selama 8 min dgn suhu 160 c (bergantung kpd oven masing2 ye.. kena selalu jenguk masa tgh bakar tu takut hangus plak.. pandai2 la adjust suhu dan masa ye.. hehe) bila dah agak keperangan.. bolehlah dikeluarkan dan dibiarkan 1/2 minit utk sejuk.. pastu keluarkan dr acuan dgn cara tolak kan sikit bhgn bawah acuan tu ke atas.. nnti crunchy tu akan tertanggal sendiri dr acuan.. bila dah betul2 sejuk.. bolehlah disimpan dlm balang :)

Blh jugak kalau nk bakar dlm tray.. dan dipotong kecil2 lepas keluar dr oven..

Tapi bagi saya pakai acuan ni lebih senang dan nmpk comey.. hehehe

Selamat mencuba!

Kredit: Za Nurzamilla


MAHALABIYYA (SWEET ARABIAN PUDDING)



Pertama kali saya merasa puding ini
ketika berada di Tanah Suci Makkah.

Saya sukakan aroma wangi
yang terbit dari esen mawar.
Tambah enak, bila dimakan sejuk.
Hmm, memang terapung...!

Setiap hari saya makan, siang & malam.
Sampaikan, suami saya terasa pelik
bilamana tiba-tiba pada suatu hari tu
dia melihat saya tidak menjamahnya.

Pada hari terakhir saya berada di Makkah,
saya mintak resipi dari Restaurant Manager.
Dia hanya memberi senarai bahan-bahannya
tanpa sukatan yang tepat, jadi kena olah sendiri.

BAHAN - BAHAN

1 liter susu segar (lebih kurang 4 cawan)
1/4 cwn gula (kurang / lebih)
1/4 cwn tepung jagung
3 tbsp air mawar
Sedikit garam
Pistachio (cincang / blend kasar)

CARA - CARA

Larutkan tepung jagung
bersama secawan susu segar.

Didihkan lebihkan susu segar,
gula & air mawar dengan api sederhana.

Setelah mendidih,
masukkan bancuhan tepung jagung.
Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.

Bila hampir pekat, masukkan garam.

Tuang ke dalam bekas & taburkan ketulan pistachio. 


Kredit: Tiya Smilove


Monday 9 May 2016

CHOCOLATE MOIST CAKE




BAHAN A
1 cawan gula pasir
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN B (ayak dulu ye)
3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder

BAHAN C
4 Biji telur di blend hingga kembang
1sdt essence vanilla

• Satukan semua BAHAN A dalam periuk.
• Masak dengan api yg kecil dan sentiasa kacau.
• Tutup api apabila sudah mendidih dan tunggu hingga sejuk sedikit, masukkan BAHAN B & C secara berselang seli. Kacau rata.
• Masukkan dalam bekas kecil anggaran separuh dari bekas sahaja kerana adunan akan naik tinggi apabila dikukus dan kukus hingga masak.
• Pastikan air kukusan sudah mendidih, baru kukus kek tersebut.
• Kukus dlm anggaran 10-15 minit (bekas kecik).
• Tutup / balut penutup pengukus dengan kain agar air wap tidak menitik ke atas kek anda.
• Bila sudah masak, sejukkan dahulu baru tuangkan topping.

TOPPING CHOCOLATE

1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu cair

• Panaskan susu cair, kemudian campurkan semua bahan dan kacau rata.
• Seeloknya tunggu sehingga kek anda masak dahulu baru sediakan topping kerana topping tersebut cepat pekat dan mengeras.

Selamat mencuba..


Kredit: Akma Emmillia Mustakim‎


Ayam gorang Ala KFC

Bahan-Bahan

Ayam
cili kering
serbuk cili
serbuk kari daging
lada hitam
secukup rasa maggie
garam
telur
tepung gandum

tepung beras





cili tu sy basuh dan goreng garing bagi rapuh macam keropok. nanti senang nak lumatkan, guna tangan je. kalau  tak liat.. boleh ganti dengan chilli flakes kalau ada.

resepi ni guna 2 ekor ayam untul 20 org makan. potong siap

bahan perap..
2 sd srbuk cili
2 sd rempah kari daging
1 sd secukup rasa maggie
1 sd lada hitam
sedikit garam
10 tgkai cili kering lumat. lebih lagi extra pedas

perap lagi lama, lagi sedap meresap ke tulang tu.. hohoo.. sekarang saya perap 5 minit je. coz nak makan cepat pun. pecah kan telur 3 biji dan gaul sekali dengan perapan tu.

Untuk tepung.. sy sukat kan tepung gandum 2 sd, tepung beras 10 sd, sekalikan dalam bekas. lumur ayam tadi sebati dengan tepung dan  baru la goreng.. saya guna periuk supaya cepat masak dan sekata je. dalam 15 minit jer dah masak dan pastikan minyak betul-betul panas mendidih tu


ayam dah tmbul dah kurg merencik minyak , kira masak la tu. tebalik kan sekejap-sekejap untuk garing semula bahagian atas  tu  dan baru angkat tapis .. begitula  seterusnya sampai habis. 4 ketul dah kurg, bhgian rasa nya.. hahaa.. x sbar derr

tadaaa.. dah siap. senang jer, mesti nak buat lagi lepas nii.. tapi percaya la, memang perhh merencikk bebb.. hahaa.. sekian ..




Kredit : Muhairi Ery‎