Monday, 9 May 2016

Filled Under:

Ayam gorang Ala KFC

Bahan-Bahan

Ayam
cili kering
serbuk cili
serbuk kari daging
lada hitam
secukup rasa maggie
garam
telur
tepung gandum

tepung beras





cili tu sy basuh dan goreng garing bagi rapuh macam keropok. nanti senang nak lumatkan, guna tangan je. kalau  tak liat.. boleh ganti dengan chilli flakes kalau ada.

resepi ni guna 2 ekor ayam untul 20 org makan. potong siap

bahan perap..
2 sd srbuk cili
2 sd rempah kari daging
1 sd secukup rasa maggie
1 sd lada hitam
sedikit garam
10 tgkai cili kering lumat. lebih lagi extra pedas

perap lagi lama, lagi sedap meresap ke tulang tu.. hohoo.. sekarang saya perap 5 minit je. coz nak makan cepat pun. pecah kan telur 3 biji dan gaul sekali dengan perapan tu.

Untuk tepung.. sy sukat kan tepung gandum 2 sd, tepung beras 10 sd, sekalikan dalam bekas. lumur ayam tadi sebati dengan tepung dan  baru la goreng.. saya guna periuk supaya cepat masak dan sekata je. dalam 15 minit jer dah masak dan pastikan minyak betul-betul panas mendidih tu


ayam dah tmbul dah kurg merencik minyak , kira masak la tu. tebalik kan sekejap-sekejap untuk garing semula bahagian atas  tu  dan baru angkat tapis .. begitula  seterusnya sampai habis. 4 ketul dah kurg, bhgian rasa nya.. hahaa.. x sbar derr

tadaaa.. dah siap. senang jer, mesti nak buat lagi lepas nii.. tapi percaya la, memang perhh merencikk bebb.. hahaa.. sekian ..




Kredit : Muhairi Ery‎





0 comments:

Post a Comment