Monday 4 July 2016

Filled Under:
,

Resepi Rendang Ayam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong
2 biji kelapa - ambil santan pekat
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - hiris halus
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sket gula merah jika suka
Bahan kisar:
15-20 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
4 batang serai (hiris bahagian ubinya sahaja untuk dikisar, btgnya diketuk )
3 biji buah keras

Cara membuat:
1. Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jangan guna air)
2. Satukan santan, bahan kisar, ayam, kerisik, batang serai yang diketuk dan asam keping
3. Jerang atas dapur hingga hampir pekat.
4. Masukkan garam dan gula melaka (jika suka) dan kacau sebati.
5. Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
6. Kacau seketika, bolehlah diangkat.




0 comments:

Post a Comment